Air laut naik dan Jakarta utara

Admin
0
Isu peningkatan paras air laut bukanlah isu yang baharu dalam komuniti hari ini ekoran kita dapat menyaksikan impak daripada peningkatan paras air laut dengan hilangnya beberapa pulau dan pulau di negara jiran iatu Indonesia. Malahan majoriti bandar di Asia Tenggara diancam dinaiki air laut dalam jangka masa puluhan tahun lagi bandar pesisiran dinaiki air laut. 

Sedikit salah faham yang diperhatikan dalam masyarakat adalah peningkatan air laut= peningkatan yang mendadak ataupun seperti banjir-banjir yang kita lihat,meskipun air laut meningkat kira-kira 3mm-4mm setahun dan ramai beranggapan hanya wilayah pesisiran pantai yang terkesan. 

Jakarta merupakan kota padat yang merupakan bandar paling cepat 'tenggelam' ekoran infrastruktur, kepadatan penduduk,sumber galian air bawah tanah yang menjadikannya mendap. Beberapa tahun lalu Indonesia mengumumkan pembinaan tembok laut dengan kos $100 bilion bagi mengatasi masalah kenaikan air laut ini walaubagaimanapun pada situasi ekstrim, air laut memasuki kawasan dataran.

Dua pulau di Indonesia juga dilaporkan 'lenyap' iatu Pulau Betet dan Pulau Gundut dan empat lagi dalam ancaman.

Menyingkap masa lalu,Pentas Sunda suatu ketika dahulu juga menghadapi keadaan yang hampir serupa sebaik zaman air batu akhir melalui fenomena alami dimana kenaikan paras air laut yang memakan ribuan tahun

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Faham) #days=(20)

Tintalog menggunakan kuki untuk menambahkan pengalaman anda Ketahui Lanjut
Ok, Go it!
To Top