Bagaimana Otak rosak melalui pornografi

Admin
0
Ketika seseorang menonton pornografi,visual ini akan diubah ke isyarat elektrik yang dihantar ke otak melalui sistem saraf optik yang lalu diproses yang akan menghantar respons, pemproses elektronik dan neutral network meniru fungsi otak, ada input, proses dan output. Ketika proses ini memandangkan pornografi bukan seperti animasi Boboiboy pecah tiga, bahagian otak seperti amigdala akan menyebabkan rangsangan emosi dan peningkatan pembebasan dopamin, neutrotransmitter berkait kesenangan (untuk kes dadah juga seperti ini) dimana paparan berulang pornografi akan mengakibatkan adaptasi otak yang menyebabkan rangsangan yang lebih kuat dimahukan untuk mencapai tingkat kepuasan yang sama. Jadi otak memberitahu untuk lagi dan lagi.

Dan otak mengandungi sel-sel yang terhubung maka informasi visual dan teks(pornografi) akan dihubungkan dengan pengalaman, pengetahuan yang menjurus kepada pandangan yang tidak realistik dan fantasi liar terhadap seks.

Kesannya ini adalah mempengaruhi perilaku seksual,kesihatan mental dan hubungan interpersonal yang misalnya ketagihan yang kemudiannya membawa kepada tindakan serta objektifikasi atau ringkasannya seseorang melihat sesuatu atau seseorang sebagai objek a.k.a otak kuning. Akibat perubahan reseptor serta pembebasan dopamin yang berlebihan atau dalam bahasa kasarnya otak kau dah rosak, maka individu ketagih pornografi tidak merasakan sensitiviti sepertimana individu normal, bahkan persepsi juga berbeza menerusi kesihatan mental, pengendalian impuls( jika ada sesuatu visual, orang normal akan segera menepisnya berbanding pecandu pornografi yang seakan terpaksa untuk menonton pornografi). Bahkan daripada sudut sosial juga, pecandu pornografi akan mengasingkan diri.

Pornografi berbentuk visual,teks yang memusnahkan kehidupan seseorang yang selamanya terperangkap untuk menjadi pengguna yang sekaligus menjadi faktor domino kepada jenayah seksual. Ini ada hubungannya, semuanya satu persatu terhubung. Bahkan dari sudut agama,sebuah sudut yang sering diremehkan para pecandu ini dengan menggunakan retorik mereka, hati menjadi hitam mendekati kepada individu yang tidak lagi melihat perilaku jenayah seksual sebagai salah. Mereka ini semua dibangunkan oleh produk-produk internet.

Jadi selepas, jangan percaya kepada seseorang yang mengatakan "Pornografi okay je, berbalik kepada individu" untuk menyatakan pornografi is normal yang jelas bersandarkan naratif mahupun retorik falsafah.



Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Faham) #days=(20)

Tintalog menggunakan kuki untuk menambahkan pengalaman anda Ketahui Lanjut
Ok, Go it!
To Top