Concord hanya mampu menjual setakat 25,000 unit secara global yang mana sesuatu yang cukup mengecewakan memandangkan jangkaan bagi permainan video ini adalah sekurang-kurangnya jutaan unit. Jumlah pemain aktif tertinggi hanyalah 697.
Tema yang mirip dengan Concord sudah terlampau banyak, baik Apex Legends, Fornite, Overwatch 2 yang menyediakan model Free To Play dengan transaksi mikro. Berbeza dengan ketiga-tiga permainan video tersebut, Concord berharga $40 dan mengenakan transaksi mikro untuk barangan digital didalam permainan. Ditambah kontroversi agenda tertentu pada permainan video ini yang menjadikan watak-wataknya kurang menarik.