Biasa-biasa tetapi rajin vs berbakat tetapi sambil lewa

Admin
0
Usaha dan Bakat?

Allah Maha Adil dengan menciptakan makhluk-Nya. Kita dilahirkan sebagai individu yang berbeza tetapi dengan keupayaan yang sama, setiap insan diciptakan akal untuk berfikir dan kalbu untuk merenung, ada yang mendapat anugerah akal yang pintar dan ada yang biasa-biasa saja tetapi sangat rajin dan berdisplin, menjadikan tahap dan posisi mereka sama atau lebih tinggi. Fenomena ini dapat kita saksikan jelas dalam keadaan hari ini, pintar dan bakat belum tentu dapat mengatasi displin dan kerja keras dalam sesuatu.

Otak berkemampuan untuk menyusun semula sambungan neuron baru sepanjang hayat yang mana kita dapat menguasai pembelajaran mahupun penguasaan kemahiran. Ini dipanggil neuroplasticity dengan mekanisme sinaptik iaitu sambungan antara neuron menjadi lebih kuat jika sesuatu dilakukan secara kerap, misalnya anda berlatih kemahiran secara berulang, iaitu latihan Linear Algebra mahupun Bahasa Python, keupayaan anda bakal meningkat tanpa anda sedari dan tanggapan yang awalnya "Saya tak reti mengaturcara akan beransur-ansur berubah.

Kajian dilakukan Carol Dweck mendapati bahawa seseorang yang mempunyai mentaliti pertumbuhan percaya bahawa usaha dan ketekunan dapat meningkatkan kebolehan mereka. Anda pasti pernah dengar pepatah "Belakang parang kalau diasah akan tajam jua". Dalam kajian ini, seseorang yang bertahan ketika menghadapi kegagalan tidak melihat ianya sebagai satu perkara yang memalukan diri mereka sebaliknya ruang dan kesempatan untuk belajar, lupakan tentang siapa lebih hebat, fokus pada peningkatan diri.Mereka juga akan cenderung menggunakan kaedah pembelajaran yang lebih baik seperti pembelajaran berasaskan masalah mahupun bekerjasama. Hal ini berbeza dengan individu yang mempunyai pemikiran yang fixed yang mungkin akan meremehkan latihan.

Fixed and Growth Mindsets


Perbezaan motivasi memainkan peranan seiring dengan beban kognitif yang seimbang, individu yang mahukan ganjaran dan pujian berbeza dengan individu yang mahu memperbaiki diri. Dorongan yang berbeza ini menyebabkan seseorang individu yang didorong minat mahupun keinginan untuk belajar(intrinsik) lebih gemar terlibat dalam aktiviti pembelajaran itu misalnya anda mahu belajar C++, maka anda akan meneroka diluar kursus anda baik di internet mahupun buku-buku. Individu dengan dorongan sebegini juga cenderung membangun pemikiran kreatif dan inovatif serta sedia mengambil risiko. Berbeza dengan individu yang didorong motivasi mendapatkan hasil (ekstrinsik) misalnya Ph.D, gred peperiksaan, pointer, pujian mahupun bonus sememangnya akan mencapai matlamat yang ditetapkan tetapi mengabaikan proses pembelajaran yang berharga dan mendalam ekoran keterikatan pada ganjaran. Individu dorongan rasa ingin tahu fokus pada kejayaan jangka masa panjang sedangkan individu dorongan ganjaran yang mana kesannya individu dorongan intrinsik mampu bertahan dalam kesukaran dan cabaran berbanding ekstrinsik yang mungkin cepat putus asa jika tidak ada hasil mahupun ganjaran yang jelas. 

Dalam dunia hari ini juga, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dalam bidang muzik, sukan, teknologi,tarian, individu yang melakukan banyak latihan lebih cenderung menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Prodigi sememangnya wujud tetapi pada akhirnya mereka juga akan berusaha keras seperti orang biasa-biasa aja. Percayakan diri anda dan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak mengubah diri kita.

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Faham) #days=(20)

Tintalog menggunakan kuki untuk menambahkan pengalaman anda Ketahui Lanjut
Ok, Go it!
To Top