Blogger bermula daripada bilik tidur!

Admin
0
Blogger asalnya bermula daripada kerja sampingan seorang pengaturcara yang pernah bekerja di HP dan Intel,Ev Williams. Ketika syarikat yang baru sahaja dia mulakan,Pyra Lab memfokuskan pada perisian untuk meningkatkan produktiviti di tempat kerja dan syarikat ini dimulakan semasa Ev masih 20 tahun. Asalnya blogger adalah kerja sampingan Ev yang bertujuan untuk mencatat log pekerjaan para pekerjanya. Blogger menganggu perhatian Ev berbanding fokus pada produk utama syarikat itu. Namun sebaik dilancarkan pada 1999,Blogger dilancarkan dan agak terkenal dikalangan peminat teknologi pada ketika itu.

Laman web syarikat pada 1999



 Namun Ev pada ketika itu Ev belum mempunyai pengalaman dalam menguruskan syarikat hingga kesemua 5 orang meninggalkan syarikat kecil itu akibat masalah seperti masalah kewangan dan akhirnya hanya tinggal Ev seorang sahaja yang masih meneruskan projek ini didalam ruang tamu. Visi Ev untuk dunia dimana orang ramai boleh memiliki "surat khabar" mereka sendiri tanpa perlu menulis kod.
Blogger 2001


Blogger mula mendapat perhatian ramai dan melalui derma dan pengiklanan,Ev mula mempunyai pendapatan dan mula mengajikan beberapa pengaturcara dan berpindah ke pejabat baru yang sewanya $400 sebulan (bersamaan $749 sebulan pada 2024) yang agak gelap. Seiring masa,blogger akhirnya mempunyai jutaan kiriman meskipun di pejabat yang sangat kecil.

Pada 13 Februari 2003,Google membeli Pyra Lab yang mana Blogger berpindah ke pelayan Google sebelum ditahun-tahun akan datang,Blogger merupakan sebuah fenomena sepertimana TikTok mengalami puncaknya tika ini tetapi Ev juga mengasaskan satu lagi platform blogging iatu Medium!

Sebenarnya kisah tentang blogger ini kami baca daripada buku yang fokus pada Twitter yang mana Ev adalah salah seorang pengasas bersama dengan Noah Glass dan Jack Dorsey dimana semestinya pengkhianatan dan tikam belakang sesama mereka.


Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Faham) #days=(20)

Tintalog menggunakan kuki untuk menambahkan pengalaman anda Ketahui Lanjut
Ok, Go it!
To Top