Daesh daripada Bumi bergolak

Admin
0
Daesh ataupun lebih dikenali sebagai I.S ataupun ISIS merupakan kelompok pengganas yang lahir pasca pendudukan Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan (Al-Qaeda berasal dari Afghanistan,yang berhijrah ke Iraq selepas Amerika Syarikat menyerang negara tersebut dengan asbab: 11 September). Kumpulan kecil ini akhirnya membentuk kumpulan besar disertai bahkan tentera Iraq eranya Saddam Hussein akibat penjajahan Amerika Syarikat.

Pada awalnya Daesh dianggap pelindung bagi golongan Sunni daripada tentera AS dan kumpulan militan Syiah namun lama kelamaan Daesh semakin ekstrim dengan menyasarkan golongan Syiah malahan Sunni dengan menyerang orang awam yang tak bersalah. Rakyat Iraq memanggil kumpulan ini sebagai 'Takfiri' ekoran sikap mengkafirkan sesama muslim hingga ditegur oleh pemimpin seperti Osama dan Ayman  Az Zawahiri agar memfokuskan pada Amerika Syarikat dan tenteranya. Mereka menyerang kawasan awam dengan taktik berani mati seperti bom bunuh diri.

Bagaimana?

Selepas Maliki memerintah Iraq,keadaan golongan Sunni dalam fasa yang buruk. Serangan dan pembunuhan terhadap tokoh ulama Sunni semakin teruk bahkan hingga ke tahap pembersihan etnik hingga munculnya kumpulan Sunni yang mengajak masyarakat Iraq menolak golongan bersenjata serta membuka propaganda Iran dan puak Syiah. Daesh melihat ini sebagai peluang untuk menjadi hero Sunni. Pada Jun 2014,lahirnya Dawlah Islamiyah merangkumi Bumi Iraq dan Syria. Golongan Sunni sedar akan kekejaman Daesh tetapi terpaksa menyokong akibat tersepit ekoran penindasan dan pembersihan etnik oleh kerajaan Maliki. Lama-kelamaan Daesh mula menunjukkan wajah yang asli. Mereka kemudiannya menyerang pihak yang tidak sehaluan dan mula membunuh orang-orang Islam yang berbeza haluan dan bukan Islam di Iraq. Mereka juga merosakkan kubur-kubur Nabi,rumah ibadat agama lain,monumen Sejarah bahkan membunuh Ulama'-ulama'.

Tetapi darimana kelompok Daesh yang ramai ini datang? Hukum Asas Mekanik Newton adalah "Untuk setiap aksi, ada reaksi yang sama besar berlawanan arah." dimana penjajahan Amerika Syarikat di Iraq pada 2003 serta konflik Timur Tengah menimbulkan sikap kesedaran dan simpati umat Islam seluruh dunia sama ada di Iraq mahupun rejim Bashar Al Assad yang juga punca berkembangnya Daesh. Bashar Al-Assad membunuh rakyatnya sendiri yang tak bersalah.
Beberapa kumpulan dan tentera Syria dan bertindak menentang Bashar diatas kekejamannya. Kumpulan Daesh menyasarkan Bashar,rakyat biasa dan kumpulan yang tak sehaluan dengan mereka dan terus-terusan mengkafirkan sesama mereka hinggalah pada Al Qaeda berpecah dengan Daesh di Iraq ekoran terlalu ganas dan tak menepati ajaran Islam.

ISIS mula keluar daripada jalur wilayah Asia Tengah dan mula memakai misi pemerintahan Khalifah sedunia.

Bukan tentang Islam tetapi kuasa
Antara persoalan oleh beberapa para penyelidik yang sempat kami temui adalah bagaimana kumpulan ini mempunyai persenjataan yang canggih? Namun ISIS dan Daesh bukanlah mewakili Islam bahkan tidak membawa ajaran Islam dengan membunuh orang yang tak bersalah,membunuh ulama,mengebom banyak Masjid,membunuh orang Islam menjadikan visi negara Islam yang dibawa Daesh tak lain tak bukan adalah negara keganasan.

Persepsi..
Sangat panjang untuk menaip daripada skrin telefon pintar yang terhad namun simpati terhadap Daesh lahir dengan pelbagai maklumat yang bermula sejak zaman lampau lagi apabila Uthmaniyyah jatuh dan mulanya penjajahan ke atas umat Islam. Keganasan melahirkan keganasan sepertimana di Filipina, di Leviantine,Selatan Thai dan tidak benar bahawa keganasan sesuatu yang harus dikelompokkan dengan satu entiti. Kita telah melihatnya sepanjang sejarah di pelbagai ceruk dunia,keganasan tanpa akhir dari bermacam orang berbalas keganasan.


Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Faham) #days=(20)

Tintalog menggunakan kuki untuk menambahkan pengalaman anda Ketahui Lanjut
Ok, Go it!
To Top