Data yang anda padam belum terpadam

Admin
0
Katakan anda memadam fail conquest.pdf yang mengandungi lampiran dan nota muzik pada suatu hari secara tidak sengaja kerana menetapkan semula komputer riba anda. Fail yang terpadam ini tidak sepenuhnya terpadam dalam storan data anda melainkan cuma dipadam alamatnya sebelum ditimpa oleh data yang baharu. Fail adalah contoh bentuk data selain daripada contoh data seperti video,gambar, teks dan sebagainya. Data-data ini disimpan dalam bentuk bit (0 dan 1) dan disusun dalam struktur tertentu.

Apabila conquest.pdf dipadamkan maka Sistem Operasi akan mengeluarkan rujukan yang menandakan ruang pada fail sebagai tersedia dan conquest.pdf masih ada sehinggalah ditindih oleh data yang baharu dan ditulis semula.
Oleh itu terdapat saranan supaya jangan menjual HDD anda sebaliknya dimusnahkan sahaja ekoran pembeli yang baharu boleh menyelongkar kembali fail-fail lama anda. Sama kesnya telefon pintar yang menyimpan data lama yang beberapa waktu lalu kami lihat di media sosial yang mengatakan data lama di telefon lamanya tiba-tiba tersebar meskipun dia sudah menetapkan semula tetapan ke asal. 

Terdapat beberapa perisian yang digunakan untuk 'memulihkan' atau sebenarnya mencari fail-fail yang terpadam alamatnya tetapi bukan datanya seperti Recuva. Perisian seperti ini mengimbas berdasarkan format fail dan mencari fail yang sudah dipadamkan rujukannya,tetapi masih ada.

Dalam kata lain,apa yang dipadamkan oleh anda ialah ibarat memadam alamat rujukan ke sebuah kedai sedangkan kedai tersebut masih ada sehinggalah dibeli oleh pemilik baru. 
Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Faham) #days=(20)

Tintalog menggunakan kuki untuk menambahkan pengalaman anda Ketahui Lanjut
Ok, Go it!
To Top