all images are for education and promotion purpose,all material used are copyright to respectful owner
Pluto merupakan sebuah karya pelukis genre misteri yang terkenal iatu Naoki Urasawa yang mengambil inspirasi daripada manga terkenal,Astroboy yang diceritakan dalam imaginasi yang baharu yang lebih serius,tragis,gelap dan misterius. Latar cerita berlaku didunia antara manusia yang hidup seiring dengan robot yang sangat canggih dan menjangkau kepintaran manusia. Dalam astroboy,tentang robot kanak-kanak yang menyelamatkan dunia,begitu juga dalam Pluto cumanya lebih kompleks dan lebih mendalami.
Selepas beberapa lama tamat Perang Asia Tengah 39 tamat,akhirnya dunia berada dalam keamanan dimana dunia dimana manusia hidup dengan robot. Super robot atau senjata pemusnah yang merupakan veteran perang dalam perang tersebut kembali seperti orang biasa dan kebanyakannya tidak mahu adanya peperangan lagi. Namun, entah kenapa peristiwa kejatuhan kerajaan Parsi dalam anime ini sangat mirip dengan peristiwa sebenarnya iatu kejatuhan Iraq diatas senjata pembunuhan besar-besaran.
Dalam anime ini Pluto merupakan pembunuh robot canggih yang memburu kesemua robot canggih. Pada awalnya kita menyangka ini disebabkan Pluto yang mahu menyebabkan manusia dan robot bermusuhan antara satu sama lain. Namun,Pluto hanyalah bayangan dan disebaliknya seorang yang penuh dengan dendam dan benci,iatu Profesor Abullah,saintis daripada negara yang sudah jatuh, Parsi. Dan seorang lagi yang entah kenapa mirip dengan seorang yang terkenal dengan tangan yang berdarah.
Akibat undang-undang PBB melarang penghasilan senjata pembunuhan besar-besaran, Presiden Thracia menuduh kerajaan Parsi menghasilkan robot pemusnah secara besar-besaran yang menyebabkan berlakunya Perang Asia Tengah 39. Di Parsi sendiri dipimpin diktator kayu Darius XIV (ya,mirip dengan Saddam Hussein) yang menzalimi rakyatnya dan senjata pembunuhan besar-besaran yang dikatakan Presiden Thracia tidak wujud melainkan projek Bora,projek menukarkan padang pasir yang tandus kepada kawasan hijau. Projek ini dimulakan Prof Abullah yang merupakan ketua di Kementerian Sains Parsi.
Selepas Perang Asia Tengah 39,Parsi menjadi wilayah yang sangat teruk, ramai kanak-kanak, manusia,robot yang tidak bersalah terbunuh. Kematian keluarga yang tragis,dan negara yang hancur akibat Presiden Thracia yang dimanipulasi mengakibatkan Prof Abullah penuh dengan dendam keatas 7 robot canggih,juga Thracia yang menghancurkan segalanya dan kebencian yang menguasai ini mengakibatkan Prof Abullah membangkitkan Goji yang merupakan watak jahat sebenar. Goji hanya terlihat seperti Prof Abullah.
![]() |
Prof Abullah meratapi kematian Murat,anaknya |
Impak dari "senjata pembunuhan besar-besaran" ini mengakibatkan seluruh Parsi hancur dan ramai orang yang tidak bersalah. Namun kebencian selalu membawa kepada dendam dan dendam sekali lagi melahirkan kebencian. Presiden Thracia rupanya mempunyai penasihat yang manipulatif dan sangat membenci manusia, iatu Dr Roosevelt, atas nasihat Roosevelt, berlakunya peperangan yang mengorbankan banyak nyawa di Parsi.
![]() |
Roosevelt kepada Presiden Thracia |
Roosevelt hanyalah robot dengan kecerdasan buatan yang tinggi dalam rupa sebuah beruang teddy bear yang tidak dapat bergerak. Dr Roosevelt menasihati Presiden Thracia agar menghentikan "senjata pembunuhan besar-besaran",menyokong Abullah dan robot ini tidak mempunyai masa lalu yang tragis melainkan dengan kebencian yang jelas terhadap manusia.
Kesemua robot akhirnya mati kecuali Atom yang mengimpikan dunia baru dengan keamanan.
Di alam realiti, Parsi dalam anime ini mirip dengan Iraq ketika pemerintahan Saddam Hussein dan Darius XIV sangat mirip dengan Saddam Hussein serta adegan yang sangat tragis dimana seorang bapa berada dalam rumah dimana anaknya mati akibat dibom.
Ini mengingatkan kita pada ucapan Bush ,bahawa demokrasi, kebebasan, keadilan buat rakyat Iraq kini hanyalah sebuah ilusi. Roosevelt,penasihat presiden Thracia tidak lain mirip Henry Kissinger yang membunuh ramai manusia tak bersalah.
Bezanya saintis sehebat Prof Abullah didunia nyata belum wujud. Dalam kitaran keganasan tanpa henti dari benci kepada dendam.