Pusat kebajikan Belia Torgau adalah sebuah kem pemulihan remaja dan kanak-kanak dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun yang dikendalikan dibawah Kementerian Pendidikan Jerman Timur ketika itu. Pusat belia ini ditubuhkan pada 1964,menggunakan sebahagian besar bekas tapak penjara belia. Tujuan asal pusat ini ditubuhkan adalah untuk mendidik semula anak-anak yang memberontak untuk kembali menjadi seorang pemuda sosialis yang baik ekoran remaja dan kanak-kanak yang ditempatkan disini adalah kelompok bermasalah misalnya salah seorang penghuni disini adalah Karsten,16 tahun yang cuba bertemu dengan ayahnya di Jerman Barat yang mana kanak-kanak ini dipastikan untuk mendakap dunia yang berpaksikan kesejahteraan manusia,bukannya berpaksikan wang seperti di Jerman Barat yang mengeksploitasi kaum pekerja. Kanak-kanak dan remaja yang dimasukkan disini adalah melalui laporan daripada pihak sekolah dan ibubapa tidak boleh menghalang keputusan ini.
Namun penubuhan Pusat ini ibarat neraka bagi penghuni disini,dengan suasana yang teruk. Berdasarkan salah seorang bekas penghuni disini,mereka melalui latihan ekstrim seperti Kawad Kaki,Tekan Tubi hingga 100 kali baik lelaki dan perempuan. Disini jika salah seorang gagal melaksanakan misalnya tekan tubi seperti diminta maka semua akan menerima hukumannya dimana dalam bentuk penyeksaan hingga kanak-kanak yang gagal itu akan diajar pada waktu lain ekoran daripada kelemahannya. Disini semua penghuni diajarkan bahawa menunjukkan kelemaha. adalah suatu bentuk kekalahan. Maka dari itulah wujudnya,kanak-kanak mulai membunuh.
Pengawal yang berada disitu hanya membiarkan remaja membelasah kanak-kanak lain ekoran moto keramatnya "Kalau tak dengar, mendapatlah". Malah ada gadis-gadis yang diperkosa oleh pengawal dan pengarah pusat ini hinggakan gangguan seksual adalah sesuatu yang normal disini. Pada waktu malam,bilik dikunci hinggakan penghuni menyediakan baldi untuk membuang air besar dan kecil.
Perkara yang serupa berulang hari demi demi hari. Setiap harinya hidup dalam seksaan fizikal dan mental menyebabkan ada yang mencuba untuk membunuh diri dengan menelan paku dan gris yang hujungnya berakhir ke hospital. Salah seorang bekas penghuni disini menulis bahawa dirinya mahu keluar sebagai manusia.
Salah seorang remaja 16 tahun yang mahu membunuh diri akibat sudah tidak mampu menanggung penderaan fizikal dan mental mengajak rakannya yang lain untuk membunuhnya tetapi percubaan mereka gagal selepas dirinya masih hidup hingga diketahui tutor disitu lalu dipisahkan tempat mereka berdua untuk dikenakan hukuman hingga dia dibawa ke hospital psikiatri kanak-kanak dan tinggal disitu selama 10 tahun.
Di pusat ini,kanak-kanak tidak tahu apa yang terjadi pada dunia luar dan diasingkan daripada sehinggakan bekas penghuni disini sukar beradaptasi dengan kehidupan ditambah trauma yang teruk. Sebenarnya penubuhan pusat ini tidak lebih daripada proses meruntuhkan identiti kanak-kanak dan menukarkannya dengan identiti, perspektif yang baharu sebagai penganut komunis dengan memisahkan mereka daripada ibubapa bahkan menindas kreativiti supaya kanak-kanak ini mudah dikawal. Ini ibarat keluar mulut buaya masuk mulut harimau meskipun kanak-kanak ini didera di Pusat ini,hakikatnya penderaan adalah sesuatu yang normal di Jerman Timur disebabkan alasan tertentu.
Proses meruntuhkan identiti
Kanak-kanak yang masuk ke dalam pusat ini tidak memanggil masing-masing dengan nama sebaliknya dengan nombor yang diberikan untuk menghapuskan identiti individu mereka,mereka dilarang untuk bertindak seperti kanak-kanak dan remaja yang umumnya suka meneroka dan mencuba perkara baru misalnya dilarang berpakaian sesuai keinginan mereka,bersuara atau berperilaku melainkan patuh kepada arahan.
Penderaan fizikal dan mental yang diterima oleh kanak-kanak dan remaja ini menyebabkan mereka beransur-ansur hilang keperibadian dan maruah. Kanak-kanak dan remaja yang masuk ke sini ada yang ditanggalkan seluruh pakaian dan dibiarkan selama beberapa jam oleh pentadbir di pusat tersebut. Mereka diajarkan untuk bertindak secara kolektif seperti yang kami ceritakan awal tadi jika seorang berbuat sesuatu, semua akan mendapat hukuman. Jika seorang melakukan kesalahan maka seluruh penghuni akan mendapat hukuman dan disini mereka harus mengorbankan identiti individu demi kumpulan.
Pemaksaan doktrin komunis.
Bayangkan kanak-kanak dan remaja berumur 14-20 tahun diajarkan untuk jangan sesekali berfikir sesuatu yang bertentangan dengan komunisme. Kanak-kanak dipengaruhi dan diprogramkan dengan propaganda komunis. Memandangkan disini mengamalkan didikan "pendidikan untuk bekerja melalui kerja",penghuni sampai-sanpai ada yang menelan paku,skru untuk membebaskan diri sekejap daripada neraka ini.
Hingga selepas runtuhnya tembok Berlin,pusat ini ditutup ekoran merupakan institusi ideologi komunis dan kanak-kanak dikembalikan pada ibubapa ataupun berpindah ke sistem yang baharu dan segala propaganda, sistem dihapuskan yang kemudiannya disruktur semula berdasarkan sistem pendidikan Jerman Barat.
Bekas-bekas penghuni ini mengalami tekanan dan trauma yang sangat teruk,mereka kemudiannya membawa kes ini ke Mahkamah yang mana hingga hari ini masih berlanjutan.