Gereja, Kuil dan Masjid dirobohkan..

Admin
0
Apabila pemerintahan komunis bermula pada 1917 ataupun dalam istilah yang cantik sikit "revolusi", agama sememangnya dilihat penghalang kepada sebuah negara sosialis yang berkembang maju. Pandangan Karl Marx diadaptasi ke bentuk pemerintahan Kesatuan Soviet yang mana "Komunisme adalah bermula daripada ateisme" atau pandangan Marx yang popular iatu;
Agama adalah candu

Bermula pemerintahan Lenin, gereja dipisahkan daripada pendidikan dan negara. Agama dilarang diajarkan, harta gereja disita dan adakalanya menggunakan kekerasan. Utopia komunisme ini merupakan distopia yang benar. Sinagog, Masjid, Gereja dan tempat ibadah ditutup ada yang diubahsuai menjadi bangunan pemerintahan ataupun muzium ateis yang didalamnya berisi ejekan pada agama dan golongan agama. Satu persatu Imam gereja ortodoks, pendeta Yahudi dan ulama Muslim ditangkap. Memandangkan bagi mereka agama adalah punca kemunduran maka ditubuhkan kempen anti agama antaranya majalah Bezbozhnik (Yang Tak Bertuhan/Ateis) yang memang untuk mengejek agama dan mendorong ke arah ateisme.Majalah ini diterbitkan Militan Ateis Moscow. Agama perlahan-lahan dilemahkan.



Majalah Bezbozhnik:  Tiga Tuhan bagi tiga agama yang digambarkan mereka dengan buruk. Cuma karikatur lelaki berserban itu saya simpulkan merujuk Islam. Ingat ini hinaan! 

Di era Lenin, komuniti beragama masih boleh mengamalkan agama dalam diam-diam sehinggalah "Soso" mengambilalih pemerintahan yang lebih kejam daripada Lenin. Stalin menggunakan kekejaman (Stalinism) untuk menghapuskan agama daripada muka bumi Soviet Ini bermulanya penutupan besar-besaran tempat ibadah dengan cara dibom,dihancurkan bahkan terdapat 40,000 gereja ortodoks dihancurkan, Sinagog dan Masjid juga diperlakukan dengan cara yang sama. Macam dalam video dibawah ini;



Ribuan pemimpin agama ditangkap dan dihantar ke kem buruh paksa (gulag) atau dihukum mati. Sepanjang Great Purge (1936–1938) ramai tokoh agama, para Imam gereja ortodoks, ulama dan pendeta banyak dibunuh disebabkan mereka ini adalah musuh negara. Berbeza dengan propaganda zaman Lenin, era Stalin lebih ganas dengan Liga Militan Ateis menyebarkan ateisme melalui seminar, penerbitan dan sebagainya. Muzium Ateis semakin banyak. Perayaan Krismas digantikan dengan Tahun Baru Soviet. Penindasan bagi umat Islam pula ialah solat berjemaah dilarang, ibadah haji dilarang. Madrasah dan institusi Islam ditutup bahkan dilarang berpuasa hingga seketika dia melonggarkan ekoran memerlukan tentera. Akibat kekejaman ini ramai meninggalkan agama secara terbuka untuk menyelamatkan diri.
Semua agama adalah musuh militan ateis


Propaganda seperti filem,akhbar dan buku yang mempengaruhi masyarakat ke arah ateisme.

Pemimpin selepas Stalin, Khrushchev pula menggunakan pendekatan propaganda menerusi pendidikan yang menyebabkan generasi muda meninggalkan agama. Tetapi pada era Brezhnev, fokus tidak lagi pada anti agama meskipun pengawasan ketat masih diteruskan. Pemimpin ini semua menggunakan kekerasan dan menggunakan darah untuk perjuangan idea mereka. Sehinggalah era pemerintahan Mikhail Gorbachev yang akhirnya mengakui kepentingan agama dengan memperkenalkan Perestroika dan Glasnost. 


Diatas tadi peristiwa-peristiwa penindasan dan agenda negara yang memang menentang agama pun. Agama pada mereka menghalang masyarakat untuk mendapatkan hak, menjadi alat para kapitalis (kata lelaki yang ditaja kapitalis) serta memabukkan masyarakat daripada berfikir tentang kemajuan Sains dan Teknologi. Agama juga dijadikan alat justifikasi dan alat pembodohan. Ini mesti ada yang setuju. Jangan keliru. Sebenarnya Soviet tidak ada bezanya dengan zaman Tsar yang menunggang agama. Kitaran keganasan ini tak terhenti. Jikalau Tsar menggunakan gereja, maka Soviet menggunakan retorik demi rakyat,demi keselamatan negara daripada musuh, demi kelangsungan ideologi komunisme, demi sebuah masyarakat yang diidamkan kita harus berkorban! 


Soviet melihat pengaruh agama yang besar dalam masyarakat sebagai bentuk ancaman kepada mereka. Dengan memusnahkan agama, mereka percaya tidak ada sesiapa boleh melawan mereka lagi. Untuk kes negara utopia tanpa Tuhan disisi lain distopia. Mereka membawa kepada persoalan bahawa bukan tentang berhentinya penyembahan tetapi apa yang disembah.

Komunis sejati adalah ateis kata mereka.

Dibawah adalah penghancuran Katedral Christ Sang Penyelamat yang sengaja difilemkan ketika itu:


Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Faham) #days=(20)

Tintalog menggunakan kuki untuk menambahkan pengalaman anda Ketahui Lanjut
Ok, Go it!
To Top