Pada malam ketika berbasikal pulang daripada kampus menuju ke apartmen rakannya,iatu sekitar 7:40 petang pada 15 Januari 2007,Daisuka telah bertemu seorang yang juga menggunakan basikal dan menurut saksi yang melihat kejadian itu,lelaki itu agak pelik dengan bergerak dengan cara yang luar biasa dengan mengeluarkan kata kesat kepada Daisuka iatu "Bodoh, Bodoh" sedangkan Daisuka cuma memandang ke bawah sahaja.
Tiba-tiba lelaki yang tidak dikenali itu mengeluarkan pisau lalu menikam Daisuka yang menyebabkan pergelutan antara mereka berdua,Daisuka sedaya upaya melawan hingga ditikam berkali-kali dan didapati sebanyak 10 tikaman.
Tidak lama selepas itu,seorang lagi saksi yang menaiki basikal melihat keadaan Daisuka yang sudah terbaring diatas tanah manakala pelaku yang menikamnya sedang duduk. Saksi itu beredar daripada situ ekoran takut dengan keselamatannya dan kembali ke lokasi yang sama tidak lama kemudian tetapi pelaku itu sudah tidak ada,melainkan Daisuka yang sudah dalam keadaan parah sedang terduduk memberitahunya sebaik didekati" Saya telah ditikam oleh orang yang tak dikenali, tolong hubungi ambulans"
Ambulans pun tiba tidak lama kemudian, dan Daisuka menggunakan kekuatan yang tersisa untuk memberitahu pasukan perubatan "Saya tidak kenal penjenayah itu. Dia mula menjerit kepada saya entah dari mana. Dia memaksa saya turun ke padang, dan saya naik semula ke atas jalan, cuba menghubungi ambulans. Lelaki itu lebih tua sedikit daripada saya.”
Meskipun berjaya diselamatkan, Daisuka Chiba meninggal dunia pada usia 20 tahun akibat kecederaan yang parah.
Motif
Pihak Polis berteori lelaki yang tidak dikenali ini merasa marah dengan Daisuka kerana samaada terpaksa memperlahankan basikalnya kerana Daisuka dihadapan atau memberhentikan basikal. Namun motif atas rompakan ditolak ekoran barang milik Daisuka tidak terusik dan pelaku ini pada awalnya disyaki mempunyai sikap panas baran dan cepat tangan.
Petunjuk daripada pihak polis mendapati pelaku itu adalah orang tempatan dan berketinggian 175 cm manakala usianya dalam lingkungan 20-30 tahun. Keterangan daripada saksi pada tingkah pelik menunjukkan seolah-olah pelaku ini mempunyai masalah jiwa daripada gayanya mendekati Daisuka. Tetapi hingga hari ini pelaku itu masih belum dijumpai dan kekal misteri hingga hari ini.
Disebabkan ini,profesor dan rakan-rakan Daisuka telah membuat manga untuk membantu mencari siapakah pelaku ini dan Ibunya Daisuka masih berharap untuk mendapatkan keadilan buat anaknya dengan mengedarkan risalah-risalah.
Anda boleh membaca manganya disini-->http://www.daisaku-kyoto.jp/daisaku_01.htm