Pembunuhan John Lennon,Mark diprogramkan?

Admin
5 minute read
0
John Lennon dibunuh oleh CIA?

Berita kematiannya John Lennon,ahli muzik British yang juga merupakan ahli kumpulannya The Beatles merupakan salah satu kes yang hingga hari ini masih beredar teori konspirasi dan tanggapan liar berkenaan siapa sebenarnya dalang disebalik pembunuhan tokoh ini. John Lennon ditembak oleh salah seorang peminatnya, Mark David Chapman pada waktu malam yang kemudiannya Lennon meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. 

Anda mungkin teringat kesnya John Lennon menungkapkan bahawa mereka lebih popular dari Jesus hinggakan beberapa organisasi memberikan reaksi terhadap pernyataan Lennon ini. Dan Mark Chapman adalah salah seorang daripadanya. Pernyataan Lennon didasarkan pada kejayaan kumpulan rock n Roll tersebut dengan jualan album mencecah 600 juta. 

Mark Chapman adalah remaja yang mempunyai latar belakang seorang yang hidup dengan penderaan ayahnya dan juga berdepan dengan buli.The Beatles merupakan kumpulan muzik yang sangat diminati Mark. Mark pada usia remajanya mula mengenali dadah dan juga mula bergaul dengan rakan-rakan yang juga penyalahgunaan dadah seperti LSD dan Marijuana. Disebabkan Mark mengambil dadah dengan kerap, sikapnya mula berubah dan menjadi pemberontak yang anti terhadap segalanya-sikap yang normal untuk remaja. Mark juga pernah melarikan diri daripada rumah ke Florida.

 Beberapa tahun kemudiannya, Mark yang berusia 16 tahun mula mengalami perubahan sikap dengan mula mendekati ajaran Kristian yang sedikit hal yang menarik sini dari fasanya si Mark tadi,yang juga mencari sesuatu untuk berpegang dan akhirnya Mark beransur-ansur menjadi seorang penganut Kristian yang baik dan lama kelamaan dia kurang menggemari muzik The Beatles ditambah pernyataan John bahawa "Kami lebih popular daripada Jesus". Di fasa ini Mark menurut kenalannya hanyalah remaja lelaki biasa yang menceriakan dan berdedikasi tetapi rupanya Mark masih berperang dengan dirinya sendiri, dengan kemurungan hinggalah berkahwin dengan seorang gadis kacukan Jepun. 
Di alam perkahwinannya, kebahagiaannya tidak kekal lama,Mark mulai bersikap panas baran dan memaksa isterinya berhenti kerja hinggalah mula menjadi seorang kaki botol.

Buku "The Catcher in the Rye"

"The Catcher in the Rye" ialah sebuah novel klasik yang ditulis oleh pengarang Amerika terkenal, J.D. Salinger. Cerita ini tentang Holden Caulfield, seorang pelajar sekolah menengah yang selalu berasa tertekan dan tidak selesa dengan kehidupan. Dia melarikan diri dari sekolah elitnya, Pencey Prep, sebelum peperiksaan akhir, lalu memulakan perjalanan ke New York City.

Di New York, Holden berasa kesepian dan terasing, mencari erti hidup dalam dunia yang dipenuhi dengan kepura-puraan dan kepalsuan. Dia berdepan dengan pelbagai cabaran dan berinteraksi dengan pelbagai watak, termasuk adiknya, Phoebe, rakan biliknya, Stradlater, dan juga bekas guru, Mr. Antolini.

Holden berusaha keras untuk memelihara kejujuran dan kejujuran dalam dunia yang dianggapnya penuh dengan kebohongan dan penipuan. Dia bingung dengan idea kedewasaan dan merasa terbeban dengan tanggungjawab yang mungkin diharapkan daripadanya.

Akhir cerita melibatkan Holden yang dirawat di hospital selepas mengalami masalah mental.

Buku ini merupakan inspirasi terbesar dalam hidup Mark,sebaik membaca buku ini usia remajanya, dia merasakan dirinya cukup mirip seperti Holden, dia menyatakan buku mirip sepertinya,dia takut untuk membesar, berdepan dengan segala kejahatan dunia dewasa yang akan datang. 


Beberapa tahun kemudiannya ketika bekerja sebagai pengawal keselamatan, Mark banyak menghabiskan masanya di perpustakaan dan sekali lagi dalam hidupnya Mark bertemu dengan buku ini setelah beberapa tahun tidak membacanya. Dia kembali merasakan persamaanya dengan Holden tetapi dalam realiti yang mirip dengan yang dilihat Holden. Jiwanya cukup membara dan dalam masa yang sama Mark juga menjumpai buku lain yang bertajuk John Lennon: One Day at a Time. Mark mula merasa seolah-olah dikhianati oleh John Lennon dan menyedari sesuatu.

Dikhianati?
John Lennon dianggap sebagai idola ramai orang dan imejnya selaku aktivis keamanan yang menyebabkan kematiannya diratapi oleh jutaan orang diseluruh dunia. Namun sisi yang berbeza bagi Mark sebelum pembunuhan terancang pada John Lennon ini. Lennon dalam kebanyakannya menerusi lagunya membawa mesej seperti "Imagine no possessions" dalam lagu Imagine hingga Mark menyedari John Lennon tidak bezanya dengan orang-orang dewasa yang palsu dalam "The Catcher in the Rye" dimana menurut Mark, Lennon adalah hipokrit ekoran dirinya menjual mimpi dan mendapatkan hidup mewah dengan mimpi yang dia dapatkan.

And there he was, with millions 
of dollars . . . laughing at people like me who had believed the lies and bought 
the records" -Mark David Chapman.

Perkara ini menyebabkan Mark jadi membara hingga berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan dan tandatangan syif terakhirnya sedikit pelik dengan tulisan 'John Lennon' lalu membeli senjata api dan mendapatkan lesen daripada balai polis berdekatan,Mark kemudiannya menuju ke Bandar New York untuk melaksanakan rancangannya. Mark kemudiannya membeli album Double Fantasy dan kemudiannya mendapatkan tandatangan Lennon untuk album tersebut. Asalnya Mark dalam situasi mahu melupakan sahaja rancangannya untuk membunuh,tetapi dia mengatakan tidak ada apa yang mampu menghalangnya.

Dalam hari yang sama pada waktu malam,Mark menembak Lennon sebanyak 5 kali dengan 38 Caliber. Lennon kemudiannya meninggal dunia selepas bantuan sokongan oleh pasukan perubatan gagal disebabkan kecederaan yang parah.


Motif
Hingga hari ini,persoalan "Mengapa?" selalu menjadi tanda tanya ekoran Mark sendiri kerap berubah-ubah kenyataan mengapa dirinya membunuh Lennon yang sedikit dipicu buku J.D Slinger itu. Namun, antara sebab yang diterima umum adalah ekoran Mark mahukan populariti dan perhatian yang kemudiannya dalam kenyataan lain Mark sendiri kurang jelas dan terlalu kompleks yang mana perkara ini menyebabkan banyak timbulnya persoalan dan soalan tanpa jawapan ini menyebabkan wujudnya teori konspirasi bahawa Mark sebenarnya bukan pembunuh Lennon melainkan cuma kambing hitam,sementara teori lainnya Mark diprogramkan untuk membunuh Lennon dari gerak gerinya pelik yang didalangi FBI dan CIA ekoran mereka mempunyai fail tentang Lennon malah beberapa tahun mengikuti setiap langkah Lennon dan isterinya,Yoko Ono. 

Teori konspirasi
Akibat daripada FBI dan CIA yang terus mengintip Lennon dan isterinya yang jelas bertentangan dengan Kerajaan Amerika Syarikat ketika itu, dan pengaruh yang dimiliki John Lennon yang mampu menyebabkan berlakunya sesuatu yang bertentangan dengan ideologi Kerajaan. Sebenarnya hal ini mempunyai kaitan dengan isu keselamatan negara hinggakan daripada kebanyakan fail dan dokumen menyebabkan Nixon mengarahkan aktiviti John Lennon dan isterinya dihentikan. 

Salah satu persoalan pada Mark adalah siapa yang menyalurkan wang pada dirinya hingga mampu mengembara ke beberapa negara? Bahkan terdapat dakwaan sebenarnya Mark dicuci otaknya sejak awal lagi hingga tindak tanduknya seolah-olah diprogramkan. Dan buku the Catcher in The Rye adalah sebahagian daripada bagaimana Mark diprogramkan-kaedah yang mirip bagaimana seseorang boleh dikawal tanpa harus melibatkan paksaan (CIA pernah membuat buku untuk perkara ini secara tak langsung )


Cuma lagu..
Mark mungkin sedikit benar dalam tanggapannya. Sebenarnya John Lennon cumalah penghibur,menentang kerajaan hanya mengugat kepentingannya ekoran Lennon juga seorang yang mempunyai keluarga dan seorang anak. Malah John Lennon sendiri menyebut lagu Imagine : It's only a bloody song. Tidak lebih dari itu. Tetapi khayalak yang dia dapatkan dan lirik yang dibawanya menimbulkan masalah buat sesetengah pihak.

Hingga hari ini teori konspirasi terus bermain disebalik pembunuhan John Lennon,baik dibunuh oleh seorang bekas peminat yang menghidap penyakit mental,atau dibunuh organisasi perisikan negara. 

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Faham) #days=(20)

Tintalog menggunakan kuki untuk menambahkan pengalaman anda Ketahui Lanjut
Faham
To Top