Pure evil: Stalin dan masa kecilnya

Admin
0


Joseph Stalin atau nama sebenarnya adalah Ioseb Besarionis dze Jughashvili merupakan pemimpin yang kejam dan sanggup membunuh rakyatnya sendiri demi kekal pada kuasa seperti pembunuhan besar-besaran (genosid), membiarkan mereka kebuluran, membunuh individu yang 'menentangnya' yang dianggarkan sebanyak 20 juta namun sebilangan tokoh berpendapat barangkali setinggi 60 juta. Namun kiriman kali ini tentang masa kecil Ioseb membentuk perilakunya yang sebagai mahazalim.

Ioseb dilahirkan sebagai anak yang bertuah ekoran dirinya merupakan anak keempat yang masih hidup memandangkan kesemua tiga orang anak ibunya sebelumnya meninggal dunia. Semasa dalam umur 6 atau 7 tahun, Ioseb terkena penyakit cacar yang meninggalakan parut hingga dewasa dan mendapat penyakit jangkitan darah yang menyebabkan ulser pada tangan kiri yang hampir menyebabkan dirinya maut. Ioseb dilahirkan dalam keluarga yang miskin, bapanya, Vissarion mempunyai perniagaan pembuatan kasut dan perniagaan kurang mendapat sambutan ekoran permintaan terhadap kasut tradisional Georgia kian berkurang dan dirinya tidak mahu membuat kasut ala-ala eropah yang mendapat sambutan yang tinggi. Ibunya bekerja sebagai pencuci pakaian(pembantu rumah) yang lebih membawa pendapatan serta menanggung separuh sewa tempat tinggal mereka ekoran bapanya menghabiskan wang yang diperolehi untuk membeli arak yang kerapkali memukul anak dan isterinya hingga rakan masa kecil Ioseb, Iremashvili menyebut Ioseb mula menjadi serius dan tak berperasaan seperti bapanya. Vissarion meninggalkan bandar Gori dan bekerja di kilang pembuatan kasut dan percubaan membuka semula kedai kasut tidak berjaya hingga dirinya meninggal dunia pada 1890 ketika Ioseb berusia 12 tahun. 

Ibu Ioseb mahu melihat Ioseb sebagai seorang pendeta yang berjaya dan menghantarnya ke Sekolah Teologi Gori serta memberinya pakaian yang elok dengan harapan yang tinggi pada Ioseb(🥹) dan Ioseb atau panggilan ibunya 'Soso'. Ioseb bersekolah di Sekolah Gori selama 5 tahun dan merupakan pelajar yang terbaik, kebanyakan rakan sekolahnya adalah golongan berada yang kerap memandang rendah pada Ioseb. Dari sini Ioseb mula membangun rasa benci pada masyarakat berkelas(Aku miskin,kau kaya) dan ketika ini Ioseb belum mempunyai pendedahan pada idea Marxism meskipun dalam memoir atau biografi rasmi mendakwa Ioseb meneroka ideologi ateis dan Marxism ketika belajar di Sekolah Gori. Kes Ioseb sama seperti kebanyakan orang biasa yang jika hari ini membaca rumusan,analisis yang bersandarkan sesebuah ideologi hingga Ioseb mula merasakan benci pada agama sebelum menjumpai ideologi yang membenci apa yang dia benc, sesuai dengan dirinya iatu Marxism dan menggabungkan dengan dirinya mahukan, sesuai disebut Stalinism.

Ioseb dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah dimana bapanya kerap memukul dirinya tanpa belas kasihan serta keadaan yang sangat teruk di Georgia membentuk seorang raksasa. Ioseb adalah seorang yang manipulatif dan paranoia terhadap penentangnya hingga menyingkirkan sesiapa saja yang bertentangan dengan dirinya. (Nota penulis: Sebenarnya kebanyakan psikopat adalah orang yang mempunyai daya intelektual) dan dengan intelektual dimilikinya inilah,Ioseb adalah hero bagi sesetengah orang ekoran dirinya penulis yang hebat dan pembunuhan jutaan orang itu adalah pengkhianat revolusi, kapitalis, kerabat diraja dan tali barut yang layak dibunuh. Kekejaman dan kezaliman Stalin bukan sahaja terhadap pembunuhan rakyatnya bahkan juga penindasan pada rakyat untuk menganut agama bahkan menentang agama adalah visi nasional menerusi propaganda yang bermacam rupanya.

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Faham) #days=(20)

Tintalog menggunakan kuki untuk menambahkan pengalaman anda Ketahui Lanjut
Ok, Go it!
To Top