![]() |
Mafia kena tangkap |
Kumpulan jenayah terancang di Itali secara umumnya dikenali sebagai mafia dapat dijejaki asal usulnya melalui Kepulauan Sicily,ya anda pernah dengar ini,tempat lahirnya Archimedes. Kepulauan ini yang banyak kali ditawan menyebabkan wujudnya organisasi rahsia yang bertujuan untuk melindungi penduduk sekitar dengan peraturan dan hukum mereka sendiri. Selepas penyatuan Itali pada 1861,Mafia di Sicily mulai meluaskan pengaruhnya yang mana ketidakstabilan politik dan ekonomi dimanfaatkan untuk memperkukuhkan jaringan perniagaan dan kekuasaan.
Mafia mulai terlibat dengan pelbagai jenis sektor perniagaan hinggakan mereka juga mulai terlibat dalam politik. Pada waktu ini,mafia mulai menjadi organisasi yang lebih berstruktur dan mempunyai hierarki tersendiri.
Lama-kelamaan mafia mulai mengambil tugas seperti mengutip cukai ataupun melaksanakan undang-undang yang juga menguasai sistem kewangan pulau tersebut. Hal ini menyebabkan masyarakat menjadi takut dan mafia merupakan pemilik sebenar disini dimana calon pilihanraya yang mereka sukai akan menjadi pemimpin. Mafia mulai kebal pada undang-undang malahan masyarakat yang mula membuat bising tentang 'kewujudan' mereka akan diadili di Mahkamah.
Mafia kemudiannya tidak terdapat di Itali dan Sicily sebaliknya memasuki negara lain akibat peranannya perniagaan dadah di Amerika, Eropah dan Asia. Ahli kumpulan mafia digambarkan sebagai orang-orang yang antisosial,tak terlihat namun gaya hidup mewah mereka seringkali menarik perhatian masyarakat. Ahli mafia asalnya dihadkan pada lelaki sahaja.
Mafia kini secara umumnya tidak lagi ciri khasnya Sicily melainkan merujuk kumpulan jenayah terancang Itali dan sesiapa yang cuba menentang kumpulan ini,mereka akan menerima nasib yang buruk menerusi beberapa siri pembunuhan oleh individu yang cuba menentang atau melawan kumpulan ini.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Itali pada 2013,perniagaan haram merupakan perniagaan terbesar di negara Mediterranean ini,iatu menjana kira-kira 1.7% KDNK (€25.7bilion).
Menurut penulis Itali juga,mafia pada hari ini bukan sahaja menggunakan kekasaran namun juga menggunakan kawalan ekonomi untuk bertindak. Mafia mempunyai cabang perniagaan apa sahaja yang anda boleh fikirkan baik aktiviti haram atau perniagaan yang sah.
Antara perniagaan yang mana mafia terlibat adalah;
Perniagaan dadah
Perjudian haram
Perlindungan(Membayar mereka untuk cover)
Penyeludupan senjata api dan manusia(pelacuran)
Penggubahan wang haram
Restoran dan bar
Kelab dan pusat hiburan
serta banyak lagi..
Ya,mafia sememangnya kaya.Confesercenti, pertubuhan berkaitan perniagaan di Itali menganggarkan bahawa kumpulan jenayah terancang mempunyai sekitar €65 bilion, atau kira-kira $90 bilion, dalam simpanan tunai. “Mereka memiliki jumlah wang yang sangat menakjubkan,” kata David Ellero, seorang pakar dalam jenayah terancang Itali di Europol, agensi penguatkuasaan undang-undang Eropah. Ini menjadikan kegiatan jenayah terancang adalah bank terbesar di negara Mediterranean itu.
Gambar diatas adalah ketua kumpulan mafia La Costa Notra yang ditangkap di Amerika.