Skandal Daiwa Bank 1995 merupakan salah satu skandal kewangan terbesar dimana Eksekutif kanan Daiwa Bank New York, Toshihide Iguchi melakukan dagangan bon perbendaharaan Amerika Syarikat tanpa kebenaran selama 10 tahun. Meskipun berlakunya kerugian pada tahun-tahun awal, Iguchi beranggapan mungkin dimasa depan dia mendapat sedikit keuntungan walaubagaimanapun dia gagal dan untuk mengelakkan perkara tersebut dikesan, Iguchi memalsukan catatan dan rekod kewangan Bank yang menyebabkan Daiwa Bank tampak seperti baik sahaja. Selepas disiasat rupanya Daiwa Bank seakan tidak mempunyai masalah sebelum dibongkar DoJ yang menyebabkan Daiwa Bank didenda pada kadar yang sangat tinggi. Jumlah kerugian yang dihadapi oleh Daiwa Bank New York ialah $1.1bilion (RM4.6bilion). Iguchi kemudiannya dipenjarakan.
Daiwa Bank kemudiannya menutup operasinya di Amerika Syarikat dan akibat reputasi yang jatuh, Daiwa Bank melakukan banyak penstrukturan semula serta fokus pada perkhidmatan perbankan dalam Jepun sahaja hingga menjadi antara Bank terbesar di Jepun hari ini.
Toshihide Iguchi pula menjadi penulis sejurus selepas dibebaskan dan sekembalinya ke Kobe,Jepun dia terlibat dalam perniagaan berasaskan kecerdasan buatan sebelum meninggal dunia pada 2019.