Vangelis: Pelopor Muzik Elektronik

Admin
0
Vangelis dilahirkan di Yunani disebuah bandar yang terpencil dimana kurangnya akses terhadap keluaran muzik. Vangelis mula menekan kekunci pada usia yang awal dengan organ milik keluarganya dan zaman ketika masih anak kecil merupakan perkara yang selalu disebut Vangelis dalam pelbagai temubual sepanjang hayatnya. Dia mula bereksperimen dengan pelbagai peralatan untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Keluarganya yang menyedari kecenderungan Vangelis mula menghantarnya ke sekolah muzik akan tetapi Vangelis menunjukkan sikap acuh tak acuh dan kurang berminat dengan repeirtoire yang diajarkan di sekolah muzik memandangkan penanda aras dalam muzik adalah mampu meniru bagaimana ahli muzik masa lampau bermain-perspektifnya adalah muzik adalah seni dan seni bukanlah mengikut-salah sebuah tanda awal beliau adalah bakal seorang 'pelopor dan pemimpin' iatu dalam genre muzik elektronik.

Di usia remajanya,dia menggemari muzik rock dan jazz yang ketika itu The Beatles adalah sebuah fenomena yang mana kemudiannya Vangelis menubuhkan kumpulan muzik The Forminx yang dijoloki 'The Beatles Yunani' namun tidak lama kemudian dibubarkan ekoran salah seorang ahli harus mengikuti latihan tentera dan beberapa waktu selepas kudeta 1968 di Yunani,Vangelis dan beberapa rakannya mengemaskan barangan untuk menuju ke London namun mereka terkandas di Paris akibat masalah visa dan mahu tak mahu mereka terpaksa tinggal disini dan Vangelis mula menulis skor filem dan juga melalui Aphrodite Child yang ditubuhkan, dia meneruskan berkarya dalam genre rock progresif namun suatu ketika Vangelis pernah menyebut pengalaman ketika penghasilan album 666 dalam kumpulan Aphrodite Child adalah masa yang menyakitkan.

Simpanannya untuk membuat sebuah 'makmal muzik' telah mencukupi dan akhirnya berjaya mengatakan tujuan asal:London dan menubuhkan studio muzik yang terkenal-Studio Nemo dengan peralatan dan instrumen yang ditambah seiring pertambahan instrumen baru. Disini Vangelis lahir sebagai Vangelis. Vangelis kemudiannya mula membikin karya seperti China dimana dia memainkan kesemua alat muzik. Disini juga lahirnya karya Chariots of Fire yang memenangi Anugerah Oscar-yang kemudiannya disertai kritikan beberapa ahli muzik terhadap muzik baharu yang menggunakan papan elektronik. Vangelis juga pernah berhadapan dengan tuntutan hak cipta untuk karya ini namun dia memenanginya. Chariots of Fire juga merupakan karya terakhir instrumental yang berada di tangga pertama dalam carta Billboard (sebelum pop menjajah)

Dirinya sangat sinonim dengan Yamaha CS 80 malahan mungkin populariti CS 80 dilonjakkan oleh pemuzik Yunani ini yang memiliki sekurangnya 7 unit CS 80! Filem futuristik,Blade Runner menaikkan namanya yang bukan semata-mata one hit wonder sebaliknya pemuzik yang ekspresif!

 Karya yang menjadi siulan hingga kini- Conquest of Paradise merupakan kolaborasi dengan pengarah filem Ridley Scott untuk sebuah filem yang agak hambar- 1492 namun penggunaan pada sukan seperti tinju dan kemenangan pilihanraya melonjakkan jualan album ini.

Vangelis seorang yang membawa Hellenism dalam muziknya dan ini pernah dijelaskan oleh Vangelis mengapa muzik tradisional berbeza daripada muzik moden bahkan matlamatnya juga berbeza memandang Vangelis seorang yang sangat tidak selesa dengan sesuatu yang digelar komersial. Malahan pengalaman buruk baik di sekolah muzik, di Aphrodite Child dibawa ekoran dirinya membawa jalur platonisme dalam muzik sebagaimana pendapatnya muzik adalah sesuatu yang wujud semulajadi dan bukan tentang siapa malahan dirinya jarang menghadiri sebarang anugerah dimana dia pemenangnya. Dan Vangelis juga pernah ditemubual dipaksakan untuk berfikir sebagaimana penemu bual berfikir sewaktu di Perancis dalam siaran langsung yang sudah tentu menyebabkan ketidakselesaan.

Minatnya terhadap dunia angkasa lepas membawa inspirasi kepada kebanyakan karyanya dan beberapa kali berkolaborasi dengan agensi angkasa lepas. 

Muzik elektronik mula mendapat tempat dan ramai mula mengikuti langkah yang sama bagaimana tokoh Yunani ini mencipta muzik dan synthesizer mula menjadi barangan panas hingga kini,kelahiran genre muzik yang berasaskan elektronik meningkatkan permintaan untuk muzik elektronik dan digital ! 

Meskipun digelar "Godfather of electronic music" di dunia Barat namun berbeza di negara kelahirannya,Yunani yang hingga kini dalam fasa yang sememangnya melambangkan runtuhan Acropolis meninggalkan sisa-sisa tamadun masa lalu, Vangelis tidak dihargai di negaranya bahkan televisyen menurut warga marhaen menyebut semacam ada masalah antara kerajaan dan Vangelis yang merantau.

Dia meninggal dunia pada 17 Mei 2022 di Perancis akibat kegagalan jantung berpunca daripada COVID-19.

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Faham) #days=(20)

Tintalog menggunakan kuki untuk menambahkan pengalaman anda Ketahui Lanjut
Ok, Go it!
To Top