Masihkah anda mengingati tangkapan skrin daripada laman web yang sinonim dengan "how to" dan hampir menjawab setiap persoalan di Internet menerusi solusi yang agak melucukan dan mungkin menjadi meme pada forum-forum atas talian. Lihat sini
Namun,wikihow adalah salah satu laman web terkemuka mirip Wikipedia namun berfokuskan keuntungan dan kolaborasi terbuka ataupun perniagaan hibrid yang berjaya dengan nilai laman web bernilai RM 3.06 bilion dan pendapatan tahunan anggaran RM 75 juta per tahun.
Kandungan di wikihow merangkumi pelbagai bidang dan kandungan di wikihow sebahagiannya disumbangkan oleh komuniti tetapi disemak oleh pakar tertentu berdasarkan bidang kepakaran mereka untuk memastikan kualiti kandungan pada laman web tersebut.
Syarikat Internet "kecil" ini berpangkalan di Palo Alto,California, Amerika Syarikat dan mempunyai kira-kira 249 pekerja berdasarkan rekod Ogos 2023. Pejabat wikiHow adalah asalnya rumah yang dimana kita dapat lihat suasana pekerjaan ini agak santai.
Idea ini diasaskan seorang usahawan Internet bernama Jack Herrit pada 2005. Sebelum itu dia membeli laman web eHow yang serupa dengan wikihow hari ini tetapi mempunyai perbezaan yang sangat besar.
eHow asalnya sebuah laman web yang diasaskan pada 1998 ketika busa dot com atau web bubble dimana eHow dilancarkan dengan didanai sebanyak $36 juta atau kira-kira RM 170 juta dan merupakan laman web antara yang paling terkenal antara 1999 hingga 2000.
Namun pemikiran pengasas pada ketika itu apabila Google mulai berkembang, kebimbangan mereka adalah kehadiran Google sebagai perangkak web mereka akan mengakibatkan pengguna akan mengunjungi Google berbanding laman web mereka sekaligus pada 2003,eHow memfailkan sebagai muflis ekoran kos kian meningkat seiring kesan dotcom bubble. Setiap gelembung sesuatu peristiwa ada penghujungnya,sepertimana gelembung ekonomi di Jepun.
Jack Herrit yang asalnya pembaca eHow dan idea "bagaimana" itu menarik perhatiannya hingga membeli eHow pada harga $100,000 dari hasil wang yang sebelumnya wang simpanannya dan isteri untuk membeli rumah. eHow pada ketika itu ibarat sebuah perniagaan yang gagal dan hanya tinggal masa untuk terkubur.
Jack Herrit melakukan pembaharuan yang sebelumnya disekat pemilik terdahulu eHow dengan mengalihkan sekatan terhadap perangkak Google,membuang fungsi pendaftaran pengguna yang melecehkan,dan beralih ke penjanaan pendapatan menerusi pengiklanan. Beliau berjaya dengan pendekatan tersebut, apabila pengunjung eHow meningkat kepada 5.5 juta berbanding 40,000 pada 2004.
Walaubagaimanapun, eHow ibarat kandungan segera yang mengabaikan beberapa aspek yang Jack Herrit mahukan. Ibarat sebuah laman web yang tiada nilai kualiti dan menompokkan sesebuah topik dengan mengabaikan aspek tertentu mengakibatkan Jack Herrit lama kelamaan tawar hati dengan eHow,ekoran sudah tersasar dari matlamat asalnya meskipun dari segi peningkatan pengunjung mahupun pendapatan tiada masalah.
Jack Herrit kemudiannya mengasaskan laman web baharu yang sesuai dengan aspirasinya,iatu wikihow. Penubuhan wikihow didanai hasil jualan eHow kepada Demand Media pada 2006. Seperkara yang menarik disini,wikihow pada asalnya selepas Jack Herrit menjual kepada Demand Media mempunyai potensi keuntungan yang besar berbanding wikihow ketika itu masih terkapai-kapai dan mulai bertatih.
Jack Herrit berpandangan kebergantungan terhadap pemodal sesuatu yang mudah dan dia lebih suka mengusahakan wikihow dengan segala usahanya sendiri. Jika kandungan eHow dihasilkan oleh penulis bebas yang dibayar,wikihow pula adalah dimana orang ramai adalah penulisnya,mirip dengan Wikipedia dan perisian yang digunakan pada wikihow adalah MediaWiki yang diubahsuai. Menulis dengan percuma dan membacanya secara percuma, Itulah konsep wiki berasaskan sumbangan komuniti.
Namun,permulaan wikihow sudah tentu mencabar sepertimana mana-mana perniagaan apabila laman web dipenuhi vandalisme(ini yang kebiasaannya terjadi pada Wikipedia) dan lama-kelamaan wikihow mempunyai editor sendiri yang memantau.
wikiHow sendiri sebuah organisasi hibrid atau separa bukan untung dimana kandungan mereka adalah percuma dan sesetengahnya dilabel pada Creative Commons Non Commercial (kecuali kandungan dibuat staf dan semua ilustrasi).
Ini sebuah idea yang menarik ibarat sebuah laman web wiki yang menghasilkan pendapatan. wikiHow turut beradaptasi dan berubah kepada penjanaan pendapatan melalui wikiHow Pro dimana pengguna mendapatkan kandungan dan akses yang lebih luas dan spesifik seperti kursus atas talian,video pembelajaran dan tutorial serta temubual bersama pakar dalam sesebuah industri bahkan bebas iklan dan pengguna boleh memuat turun kandungan pada harga samaada RM24 sebulan atau RM 165 setahun.
Kini,wikiHow ibarat rujukan yang ada dimana-mana sebaik menaip sesuatu pada enjin carian. Pengasasnya seorang yang berdedikasi dan tidak berorientasikan sepenuhnya pada keuntungan sebaliknya pada dedikasi untuk menjadi yang terbaik. Hal ini boleh dipelajari oleh kita bahawa untuk mengekalkan momentum dalam perniagaan digital, kita harus berusaha memberikan yang terbaik dan bukannya mengabaikan aspek dan etika semata-mata untuk trafik yang tinggi pada masa yang singkat tanpa membina sepenuhnya jenama.
Sumber: