Perang meletus dan Pakatan Bersekutu menduduki Jepun serta urusniaga pada stock exchange diharamkan sehingga 1949 dan Yamaichi mampu bertahan dengan membeli dan menjual pada kaunter di pejabatnya memandangkan keadaan pasca perang ketika itu menyebabkan ramai melepaskan pegangan mereka untuk wang tunai. Selepas 1949,Jepun mula bangkit daripada kekalahan dan ketika ini barangan Jepun dianggap murah dan tidak berkualiti. Menjelang 60 an,ekonomi Jepun berkembang pada kadar 10% setahun.
Pada 1963,Kerajaan Jepun mengetatkan bekalan wang yang menyebabkan kemelesetan pada tahun berikutnya yang memberi impak pada sektor pembuatan serta pasaran saham menjunam mendorong Kementerian Kewangan melarang terbitan saham baharu malahan beberapa Syarikat bergabung untuk membeli saham untuk membantu menstabilkan harga tetapi sayangnya harga saham tetap menurun. Yamaichi mempunyai hutang $214 juta pada tiga bank iatu Fuji Bank,Mitsubishi Bank dan Bank Perindustrian Jepun dan seandainya Kerajaan Jepun tidak menyelamatkan Syarikat ini, maka Yamaichi akan bankrap lebih awal dan selepas dibantu kerajaan dengan menggantung pembayaran faedah dan meluluskan pinjaman tanpa had daripada Bank Pusat.
Beberapa pemulihan dilakukan di Yamaichi sebelum Yamaichi bangkit bermula 1967 dan dalam waktu 70an,Yamaichi mula menceburkan diri dalam pelaburan asing terutamanya di Eropah dan Yamaichi International berbagai cawangan ditubuhkan. Menjelang 1980,Yamaichi menapak kukuh di seluruh dunia. Namun kejatuhan pasaran saham New York 1987 dan setahun kemudian mengurangkan kakitangan di New York akibat perkembangan tidak seperti yang diharapkan walaubagaimanapun 20% keuntungan Yamaichi adalah daripada aktiviti diluar negara.
Beberapa anak syarikat Yamaichi ialah;
Yamaichi Investment Trust Management Co., Ltd.
Institut Penyelidikan Sekuriti dan Ekonomi Yamaichi, Inc.
Yamaichi International Capital Management Co., Ltd.
Yamaichi Uni Ven Co., Ltd.
Yamaichi Computer Center Co., Ltd.
Yamaichi Real Estate Inc.
Yamaichi Echo & Co., Ltd
Yamaichi Enterprise, Inc.
Yamaichi General Finance Co., Ltd. Yamaichi World Tourist Inc.
Yamaichi Card Services Co., Ltd. Yamaichi International (Amerika Syarikat), Inc
Perkhidmatan Kewangan Yamaichi, Inc. Yamaichi International (Kanada) Yamaichi International (Eropah)
Bank Yamaichi (UK)
Yamaichi International (Nederland) NV
Yamaichi International (Deutschland) GmbH;
Yamaichi Perancis SA.
Bank Yamaichi (Switzerland)
Yamaichi International (Timur Tengah)EC.
Yamaichi International (Hong Kong) Ltd
Yamaichi Merchant Bank (Singapore) Ltd;
Yamaichi Futures Private Limited
Skandal:
Skandal dan kesilapan pengurusan mengakibatkan kejatuhan Yamaichi. Pada 1992,eksekutif Yamaichi menubuhkan Yamaichi Enterprise untuk membuka akaun pada Credit Suisse cawangan Tokyo dan menggunakan Yamaichi Enterprise untuk menjana keuntungan klien hingga akhirnya menyerap kerugian ¥158.3 bilion dan terdapat skim berasingan dilakukan di Australia. Jenayah ini menyebabkan figura tertinggi Yamaichi ditahan.
Yamaichi juga menyorokkan hutang buruk kira-kira ¥200 bilion akibat daripada pelaburan spekulatif yang disumbangkan oleh pelaburan hartanah dan pinjaman berlebihan memandangkan gelembung aset masih terasa.
Harga stok menurun daripada ¥2,600 kepada ¥400 pada awal 1997. Yamaichi kehilangan kepercayaan,pengeluaran besar-besaran aset dilakukan oleh pelanggan yang menjangkau ¥24 trilion pada akhir September 1997. Yamaichi tidak dapat diselamatkan lagi dan Presiden, Shohei Nozawa dengan tangisan memohon maaf kepada semua dan mengatakan bahawa pekerja Yamaichi tidak bersalah. Yamaichi diisytiharkan bankrap pada 1999.